Tuesday, September 28, 2010

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH

Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.

Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:

  1. Terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
  2. Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
  3. Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
  4. Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
  5. Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
  6. Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
  7. Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.
  8. Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
  9. Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
  10. Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.

Saturday, August 21, 2010

CIRI-CIRI KLIEN

1. Celaru
2. Berfikiran negatif
3. Kurang maklumat
4. Tidak dapat berfungsi

Friday, August 20, 2010

Wednesday, August 18, 2010

KETEGASAN DIRI

Ketegasan diri merujuk kepada mempunyai keyakinan di dalam diri, mempunyai sikap yang positif terhadap diri sendiri dan orang lain, ianya tentang bagaimana bertingkahlaku terhadap orang lain secara langsung dan dengan cara yang sopan. Demikian, dalam membina ketegasan diri dalam diri adalah mempunyai sikap yang positif tentang dirinya dan orang lain serta bertingkah laku terhadap orang lain secara terbuka. Ketegasan diri ini bukanlah tentang mendapatkan apa yang dimahukan atau menerima balasan orang lain tetapi selalunya tentang bukan mendapatkan apa yang dimahukan dalam beberapa hal dan dengan itu seseorang akan bertegas dengan dirinya sendiri dan orang lain juga akan bertegas dengannya.

Monday, August 2, 2010

Program Kursus Meniti Puncak 2010

Program Kursus Meniti Puncak 2010 ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar pelajar serta memperbaiki kemahiran belajar dengan berkesan. Selain itu, program seperti ini bertujuan untuk memperkenalkan  kepada para pelajar mengenai kehidupan seorang  mahasiswa dan mahasisiwi di IPTA dan IPTA dari segi halangan dan cabaranya serta mengenali perbezaan kehidupan di Universiti dan sekolah. Seramai 7 orang team fasilitator saya mengendalikan program kursus meniti puncak ini dan telah berjaya melaksanakan 3 siri dengan kerjasama Negeri Terengganu pada bulan Febuari, Mei dan Julai.  Peserta terdiri daripda pelajar STPM yang akan menjejak langkah ke Universiti pada masa depan. Oleh itu, kursus ini secara tidak langsung memberikan semangat pelajar untuk persediaan mereka dalam menempuhi alam lain selepas alam persekolahan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Di harapkan program seperti ini dapat Nyalakan Tekad serta membuat satu azam yang baru bahawa kitalah penyambung Warisan. Untuk berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita capai jika tidak berusaha dengan penuh keyakinan serta tidak punya matlamat. Setiap individu punya matlamat hidup dan capai matlamat itu dengan meniti puncaknya serta laluan yang betul agar berjaya. Semoga siri 4 pada 6 Ogos ini berjalan dengan lancar. Amin...

Salah Tanggap terhadap Kaunseling....


Tiga istilah yang sering dikelirukan ;   
  • NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran
  • BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu
  • KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling
Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya
  • Kaunseling adalah nasihat
  • Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja
  • Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja
  • Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
  • Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku
  • Kaunseling untuk orang kaya sahaja
  • Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja
  • Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor
  • Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor
  • Habis terbongkar semua rahsia

Sunday, August 1, 2010

Kemahiran Asas Kaunseling


Kemahiran Mendengar
  • Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.
  • Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. 
  • Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,  kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. 
  • Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. 
  • Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. 
  • Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. 
  • Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
 Kemahiran Membina Hubungan
  • Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.  
  • Tujuannya adalah untuk membina  perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. 
  • Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. 
  • Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. 
  • Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas  seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
  • Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya.
  • Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. 
  • Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. 

Tujuan dan Matlamat Kaunseling

Matlamat : 


Memudahkan perubahan tingkah laku


Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan


Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping)


Menggalakkan proses membuat keputusan


Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien

Tujuan: 
Memberi Maklumat
  • Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
  • Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
  • Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya
Menggalakkan Celik Akal
  • Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)
  • Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
  • Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien
  • Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
Memberi Sokongan
  • Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
Penyelesaian Konflik
  • Mengurangkan ketegangan dan permusuhan  antara dua individu (pihak)
  • Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 
Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat
  • Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain
  • Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. 

Peranan Kaunselor

Memandu individu/kelompok dalam interaksi dan perkembangannya

Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri individu dan perpaduan di dalam kelompok



Mengimbang kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan kelompok,
Dari segi:Akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental dan keibubapaan

Kaunseling


Definisi Kaunseling;


Kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat, temubual yang bersiri untuk menyelesaikan masalah. Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaian serta kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau   pekerjaan.

Burks dan Steffire (1979)
Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat “person-to-person”. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal
Zainal Abidin (2002)
Kaunseling adalah perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan memikirkan alternatif untuk mengatasi kecelaruan dan laksanakan alternatif yang dipilih