1. Celaru
2. Berfikiran negatif
3. Kurang maklumat
4. Tidak dapat berfungsi
AƧƨαℓαмʋαℓαiκʋм...Δиʏɛσиɢ нαƨɛʏσ... Ƨαнαвαт-ƨαнαвαт ƨɛκαℓιαи мαяιℓαн κιтα вɛяκσиɢƨι ιℓмʋ вɛяƨαмα.αɢαя ʋκнωαн ʏαиɢ тɛяʝαℓιи вɛяκɛκαℓαи.
Saturday, August 21, 2010
Friday, August 20, 2010
Wednesday, August 18, 2010
KETEGASAN DIRI
Ketegasan diri merujuk kepada mempunyai keyakinan di dalam diri, mempunyai sikap yang positif terhadap diri sendiri dan orang lain, ianya tentang bagaimana bertingkahlaku terhadap orang lain secara langsung dan dengan cara yang sopan. Demikian, dalam membina ketegasan diri dalam diri adalah mempunyai sikap yang positif tentang dirinya dan orang lain serta bertingkah laku terhadap orang lain secara terbuka. Ketegasan diri ini bukanlah tentang mendapatkan apa yang dimahukan atau menerima balasan orang lain tetapi selalunya tentang bukan mendapatkan apa yang dimahukan dalam beberapa hal dan dengan itu seseorang akan bertegas dengan dirinya sendiri dan orang lain juga akan bertegas dengannya.
Monday, August 2, 2010
Program Kursus Meniti Puncak 2010
Program Kursus Meniti Puncak 2010 ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar pelajar serta memperbaiki kemahiran belajar dengan berkesan. Selain itu, program seperti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai kehidupan seorang mahasiswa dan mahasisiwi di IPTA dan IPTA dari segi halangan dan cabaranya serta mengenali perbezaan kehidupan di Universiti dan sekolah. Seramai 7 orang team fasilitator saya mengendalikan program kursus meniti puncak ini dan telah berjaya melaksanakan 3 siri dengan kerjasama Negeri Terengganu pada bulan Febuari, Mei dan Julai. Peserta terdiri daripda pelajar STPM yang akan menjejak langkah ke Universiti pada masa depan. Oleh itu, kursus ini secara tidak langsung memberikan semangat pelajar untuk persediaan mereka dalam menempuhi alam lain selepas alam persekolahan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Di harapkan program seperti ini dapat Nyalakan Tekad serta membuat satu azam yang baru bahawa kitalah penyambung Warisan. Untuk berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita capai jika tidak berusaha dengan penuh keyakinan serta tidak punya matlamat. Setiap individu punya matlamat hidup dan capai matlamat itu dengan meniti puncaknya serta laluan yang betul agar berjaya. Semoga siri 4 pada 6 Ogos ini berjalan dengan lancar. Amin...
Salah Tanggap terhadap Kaunseling....
Tiga istilah yang sering dikelirukan ;
- NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran
- BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu
- KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling
- Kaunseling adalah nasihat
- Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja
- Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja
- Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
- Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku
- Kaunseling untuk orang kaya sahaja
- Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja
- Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor
- Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor
- Habis terbongkar semua rahsia
Sunday, August 1, 2010
Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Mendengar
- Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.
- Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien.
- Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut.
- Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama.
- Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
- Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik.
- Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Kemahiran Membina Hubungan
- Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.
- Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.
- Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
- Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan.
- Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
- Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya.
- Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.
- Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
Tujuan dan Matlamat Kaunseling
Matlamat :
Memudahkan perubahan tingkah laku
Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan
Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping)
Menggalakkan proses membuat keputusan
Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien
Memudahkan perubahan tingkah laku
Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan
Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping)
Menggalakkan proses membuat keputusan
Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien
Tujuan:
Memberi Maklumat
- Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
- Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
- Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya
Menggalakkan Celik Akal
- Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)
- Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
- Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien
- Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
- Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
- Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
- Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
- Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain
- Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.
Peranan Kaunselor
Memandu individu/kelompok dalam interaksi dan perkembangannya
Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri individu dan perpaduan di dalam kelompok
Mengimbang kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan kelompok,
Dari segi:Akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental dan keibubapaan
Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri individu dan perpaduan di dalam kelompok
Mengimbang kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan kelompok,
Dari segi:Akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental dan keibubapaan
Kaunseling
Definisi Kaunseling;
Kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat, temubual yang bersiri untuk menyelesaikan masalah. Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaian serta kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan.
Burks dan Steffire (1979)
Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat “person-to-person”. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal
Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat “person-to-person”. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal
Zainal Abidin (2002)
Kaunseling adalah perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan memikirkan alternatif untuk mengatasi kecelaruan dan laksanakan alternatif yang dipilih
Subscribe to:
Posts (Atom)